Profil & Sejarah

LAMBANG SEKOLAH
VISI SEKOLAH

MEMUPUK USAHA BERTERUSAN KE ARAH MENPERKEMBANGKAN LAGI POTENSI INDIVIDU SERTA MENYELURUH DAN BERSEPADU UNTUK MENWUJUDKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONI DARI SEGI INTELEK,EMOSI,ROHANI,DAN JASMANI BERDASARKAN KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN.USAHA INI ADALAH BAGI MELAHIRKAN RAKYAT MALAYSIA YANG BERILMU PENGETAHUAN,BERKETERAMPILAN,BERAKHLAK MULIA,BERTANGGUJAWAB DAN BERKEUPAYAAN UNTUK MENCAPAI KEHARMONIAN DAN KEMAKMURAN  MASYARAKAT DAN NEGARA.

MISI SEKOLAH

MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA.


SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Pantai Manis,Papar didirikan di atas kawasan seluas kira-kira 3 ekar yang terletak  di Pantai Manis.  Tanah ini telah dibeli oleh kerajaan dengan harga RM180,000.00 Daripada tuan punya tanah Allahyarham Tuan Hj Johor bin Osman.
        Tapak ini diluluskan oleh kerajaan Malaysia dalam Rancangan Malaysia Ke  6.  Ini adalah atas usaha JKKK Kampung Bambangan,memohon kepada wakil rakyat N.33 Buang Sayang semasa pemerintahan Parti Berjaya agar kampung Bambangan diberikan sebuah sekolah rendah untuk anak-anak kampung yang berdekatan.  Pada masa itu Pengerusi JKKK Kampung Bambangan ialah Tuan Haji Matlan bin Ajim juga selaku ketua kampung telah membawa usul ini untuk dipertimbangkan oleh pihak kerajaan pada waktu itu.

No comments:

Post a Comment