Islam tidak pernah meletakkan perantaraan.
Walau siapapun dia,walau bagaimana pun keadaan dia,walau apapun bangsanya,dimana sahaja ia berada,siapa sahaja keluarganya sekiranya dia ingin berhubungan dengan Allah سبحانه و تعالى atau kembali kepada Allah سبحانه و تعالى maka tidak ada halangan.Tiada batas waktu,tiada perlu berbelanja,tidak perlu menghadap kepada sesiapa.Mohon keampunan kepada Allah سبحانه و تعالى dengan sebenar-benar taubat kerana dia maha mendengar dan maha menjawab.
Mereka yang kecewa dan berputus asa dengan apa keadaan sekalipun,janganla kita berputus asa dengan rahmat Allah سبحانه و تعالى .Bahawa betapa besar dosa kita lakukan,seteruk apapun dosa kita lakukan,walau bagaimana pun masalah kita hadapi maka kita jangan berputus asa dan merasai Allah سبحانه و تعالى tidak mengampunkan kita.Semua ini sama sekali telah Allah سبحانه و تعالى firmankan betapa dia menyukai si pendosa itu memohon ampun dan meminta rahmat daripadanya.Bersangka baik dengan Allah bersegeralah memohon ampun kepada Allah سبحانه و تعالى.
Firman Allah سبحانه و تعالى :-
قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ
“Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah” (QS. Az Zumar : 53)
Sebuah hadis Qudsi Allah berfirman
“RahmatKu mendahului murkaKu.” (HR. Muslim) "
Sebuah kisah tentang betapa besarnya rahmat dan pengampunan Allah سبحانه و تعالى

Daripada Abu Said al-Khudri رضي الله عنه, bahawa Nabi صلّى الله عليه وسلّم bersabda:
“Sebelum zaman kamu ini, pernah ada seorang manusia, kemudian dia bertanyakan mengenai perkara itu kepada seorang yang paling alim pada zaman itu. Selepas ditunjukkan kepadanya seorang rahib (pendeta). Dia pun berjumpa rahib tersebut.
Dia memberitahu: “Aku telah membunuh seramai sembilan puluh sembilan orang manusia, adakah taubatku masih diterima?”
Rahib tersebut menjawab: “Tidak!”
Mendengar jawapan itu, dia tidak puas hati, terus naik marah lalu membunuh rahib tersebut dan genaplah jumlah seratus orang manusia yang telah dibunuhnya.
Namun niatnya ingin bertaubat tetap teguh. Tanpa putus asa dia mencari lagi seseorang yang paling alim pada zaman itu. Kemudian lalu ditunjukkan kepadanya seorang yang alim, dia terus berjumpa orang alim tersebut dan berkata: “Aku telah membunuh seramai seratus orang manusia. Adakah taubatku masih diterima?”
Orang alim tersebut menjawab: “Ya! Siapakah yang menghalang seseorang dari bertaubat?”
“Sekarang, pergilah kamu ke tempat ini dan ini, kerana di sana terdapat ramai orang yang beribadah kepada Allah. Kamu beribadatlah kepada Allah سبحانه و تعالى bersama mereka dan jangan pulang ke tempat kamu kerana tempatmu itu adalah tempat yang teruk.”sambung orang alim itu lagi.

Lelaki tersebut beredar menuju ke tempat yang dinyatakan. Ketika berada di pertengahan jalan, tiba-tiba maut datang menjemputnya dan dia pun meninggal dunia.
Melihat kejadian itu, menyebabkan Malaikat pembawa rahmat dan Malaikat Azab (malaikat yang ditugaskan menyeksa) bertelingkah mengenainya.
Malaikat Rahmat berkata: “Dia datang dalam keadaan sudah bertaubat dan menghadapkan hatinya secara ikhlas kepada Allah.”
Manakala Malaikat Azab pula berkata: “Benar, namun dia tidak pernah melakukan kebaikan.”
Lalu datanglah malaikat lain yang menyerupakan dirinya dalam bentuk manusia. Lalu dia menjadikan dirinya sebagai pemisah antara malaikat-malaikat yang berselisih tadi, iaitu dijadikan hakim pemutusnya untuk mengadili pertengkaran mereka dan untuk menetapkan mana yang betul.
Malaikat itu berkata, “Kalau begitu, ukurlah jarak kamu. Jarak di antara dua tempat, dari sini ke tempat yang ditinggalkan lelaki ini dan ke tempat yang hendak ditujunya; ke tempat mana yang lebih dekat, bererti dialah yang berhak ke atas orang ini.”
Kedua-dua malaikat tersebut lalu sama-sama mengukur dan setelah di ukur, ternyata mereka dapati kedudukan mayat lelaki tersebut lebih hampir dengan tempat tujuannya untuk melaksanakan taubat iaitu tempat yang dihuni oleh orang-orang soleh, beerti ia termasuk di kalangan mereka. Maka akhirnya, lelaki tersebut berhak diambil oleh Malaikat Rahmat.”
(Hadis Riwayat Muttafaq Alaih)
Ini antara kisah yang menunjukkan kasih dan sayang Allah سبحانه و تعالى mengenai mereka yang ingin bertaubat kepadanya.Maha suci Allah سبحانه و تعالى dia sentiasa menberikan keampunannya kepada sesiapa yang ingin bertaubat dan memohon ampun kepadanya.Taubat itu adalah penyesalan,dan bersegera memohon ampun kepada Allah سبحانه و تعالى.Dia maha mengetahui setiap yang kita tidak ketahui,dia yang menjadi setiap perkara yang kita tempuh dan dialah sebaik-baik untuk kita cintai.
Nabi s.a.w dalam hadis baginda:
“Seseorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah سبحانه و تعالى berfirman: HambaKu melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya –dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya-. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah سبحانه و تعالى berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya–dalam riwayat yang lain ditambah: aku ampunkan dosanya-. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah سبحانه و تعالى berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hambaKu ini, buatlah apa yang kau mahu aku ampunkan engkau”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Lihat dan renungkan hadis ini,betapa besar pengampunan Allah سبحانه و تعالى walaupun terjatuh,lalai,teralpa berulang kali tetapi maha pengasihnya dan penyayangnya Allah سبحانه و تعالى bahawa dia sentiasa menerima taubat setiap hambanya yang ingin bertaubat sebelum nyawa dicabut kembali.Seringkali diri ini lalai dan terlupa bahawa kematian itu pasti datang dan tertutup pintu taubat kepada kita walaupun tangisan darah,nanah atau luntur muka kita menangis memohon ampun tetapi selepas dicabut nyawa kita,ingatlah pengampunan dan taubat telah tertutup.
Pintu keampunan Allah سبحانه و تعالى dibuka pintu keampunan untuk hambanya pada waktu siang, untuk mengampuni orang yang berbuat dosa pada waktu malam, dan Dia menbuka pintu keampunan pada waktu malam untuk dia mengampuni orang yang berbuat Dosa pada waktu siang.Selagi kita bernafas,selagi itu pintu keampunan dibuka.
Usah dipeduli mereka yang mengkritik,mereka yang menjatuhkan dan yang menyampaikan keburukan apa lagi fitnah.Kerana Allah سبحانه و تعالى itu maha mengetahui,dan maha pengampun.Ya,kita pernah melakukan kezaliman pada diri dan melakukan sesuatu perkara melanggar syarak tapi bukankah yang menerima taubat itu Allah سبحانه و تعالى ?kenapa kita perlu mengalah dan mendengar suara sumbang dari makhluk?Tetapi bermanjalah dengan Allah سبحانه و تعالى dan mintalah keampunan pada Allah سبحانه و تعالى dan terus meminta.Allah سبحانه و تعالى sangat menyukai mereka yang ingin untuk bertaubat kepadanya.
Firman Allah سبحانه و تعالى :-
Maksudnya :-
Dan Dia lah Tuhan yang menerima taubat dari hamba-hambaNya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang mereka lakukan); dan Ia mengetahui akan apa yang kamu semua kerjakan.
(As-syura 25)
Firman Allah سبحانه و تعالى :-
ثُمَّ إِنَّ رَبَّكَ لِلَّذِينَ عَمِلُوا السُّوءَ بِجَهَالَةٍ ثُمَّ تَابُوا مِنْ بَعْدِ ذَلِكَ وَأَصْلَحُوا إِنَّ رَبَّكَ مِنْ بَعْدِهَا لَغَفُورٌ رَحِيمٌ (١١٩
Maksudnya :-
Firman Allah سبحانه و تعالى :-
وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ رَسُولٍ إِلا لِيُطَاعَ بِإِذْنِ اللَّهِ وَلَوْ أَنَّهُمْ إِذْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ جَاءُوكَ فَاسْتَغْفَرُوا اللَّهَ وَاسْتَغْفَرَ
لَهُمُ الرَّسُولُ لَوَجَدُوا اللَّهَ تَوَّابًا رَحِيمًا (٦٤
Maksudnya:-
Dan Kami tidak mengutus seorang rasul melainkan untuk ditaati dengan izin Allah. Sesungguhnya, sekiranya mereka setelah menzalimi mereka datang kepadamu (Muhammad), lalu memohon ampunan kepada Allah, dan Rasul pun memohonkan ampunan untuk mereka, nescaya mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.
Jangan kita menjadi batu penghalang dengan kata-kata sinis,seakan kita yang menentukan syurga dan neraka seseorang.Setiap orang akan dihadapkan didepan Allah dikunci mulutnya dan akan dipersoalkan setiap masa dibazirkan,harta dibelanjakan,apakah perjuangan untuk agama,dan setiap saat,tingkah laku,pergerakan hatta air sejuk yang kita minum pun dihisab oleh Allah سبحانه و تعالى.
Penghijarahan adalah suatu perjuangan jihad,apakah kita menhalang mereka yang sedang berjihad.Tiada siapa dapat menghalang dari seseorang untuk bertaubat pada sang pencipta.
Usahlah menuding jari mencari kesalahan,tapi usahakan setiap saudaramu semakin baik.Bagaimana dari suatu perkara yang melanggar syariat kita berusaha dan meminta agar dia menjadi baik.Alangkah untung,asbab usaha sedikit dan doa yang dikirim dia mendapat hidayah dan betapa kayanya diakhirat kelak.Setiap kebaikan yang dilakukan pun menjadi akaun saham kita diakhirat.
Firman Allah سبحانه و تعالى :-
Sabda Nabi صلّى الله عليه وسلّم
“Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya.” (HR. Muslim, Abu Daud dan at-Tirmidzi)
Dari Anas,Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم bersabda:
"Pada malam aku diIsra'kan aku telah melalui suatu kaum yang mencakar-cakar muka mereka dengan kuku-kukunya sendiri,maka aku berkata:"Hai Jibril siapa mereka ini?Jawab Jibril: Mereka ini adalah orang-orang yang suka mengumpat orang banyak dan mereka yang suka menjaga tepi kain orang."H.R Abu Daud

Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Apakah seseorang antara kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu berasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah adalah al-Tawwab (Maha Penerima taubat), lagi al-Rahim (Maha Mengasihani). Sabda Nabi صلّى الله عليه وسلّم
“Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya.” (HR. Muslim, Abu Daud dan at-Tirmidzi)
Dari Anas,Rasulullah صلّى الله عليه وسلّم bersabda:
"Pada malam aku diIsra'kan aku telah melalui suatu kaum yang mencakar-cakar muka mereka dengan kuku-kukunya sendiri,maka aku berkata:"Hai Jibril siapa mereka ini?Jawab Jibril: Mereka ini adalah orang-orang yang suka mengumpat orang banyak dan mereka yang suka menjaga tepi kain orang."H.R Abu Daud
Jangan sesekali diceritakan keburuan dan aib kita.Allah telah tutup aib kita tetapi kita menbuka aib kita walaupun dengan sesiapa pun hatta teman tidurmu.Biarlah ia jadi rahsia antara dirimu dan tuhanmu.Ingat hijrah bukan sekali,tapi hari-hari hijrah untuk menbaiki diri.Lagi dan lagi sampai tiada lagi.
Jangan sedih dan jangan mengalah,Allah bersama dengan mereka yang sabar.Mohon keampunan pada Allah dan teruskan mencintai Allah.Setiap benda baik akan dibalas dengan kebaikan.Janji Allah adalah benar,janganla kita jadi penyesalan disana.Selagi ada ruang waktu,marilah saling bantu menbantu menegakkan agama Allah dan terus mengembirakan dia sang pencipta.
Sebuah puisi Qais(majnun):-
“Penuhi cawanmu dengan cinta yang tidak pernah berubah. Penuhi ia dengan cinta abadi. Cinta yang dimurnikan dengan penderitaan duniawi, sebab kelak akan mendapat berkah cahaya abadi.”-
Laila Majnun, Penulis Kitab Syaikh Sufi Mawlana Hakim Nizhami
Semoga Allah menberikan kita taufiq serta hidayah dan rahmatnya,agar menjadi hamba Allah سبحانه و تعالى untuk mengamal segala perintahnya dan menjauhi larangan.Mengikuti dan itti'ba kehidupan junjugan baginda صلّى الله عليه وسلّم didalam kehidupan kita.Dan menyambung tanggujawab sebagai umat صلّى الله عليه وسلّم dalam menegakkan agamanya.
Pak aji ottomen.
13.05.2015
-Bukan ustaz,baru belajar nak start-